Pray For GAZA!!
22 November 2012 | 12:00 am | 0 cream(s)
Assalamualaikum..
akhir2 ni kte tgk byk berita (bc dlm fb je coz umah sewa xde tv) tentang keganasan yahudi israel laknatullah terhadap penduduk Gaza Palestine. SubahanAllah tersentuh hati ni tgk penduduk2 GAZA yg x bersalah dibunuh tanpa belas kasihan. lagi sayu hati ni bila tgk wanita + anak2 kecil yg mmg langsung x taw ape2 dibunuh dgn kejam.. Sumpah mmg heartless gila yahudi laknat 2!
kte kt sini hidup aman makmur. Alhamdulillah Syukur Allah bg Kedamaian kt Negara kita. Ya Allah.. lindungilah Negara kami dari Ancaman dan Peperangan Yahudi samaada secara FIZIKAL ataupun MENTAL. Ya Allah.. Lindungilah Saudara-Saudara Kami Di Gaza Ya Allah. Lindungilah Mereka Dari Kekejaman Yahudi Laknatullah! Bantulah Mereka Ya Allah.. Sesungguhnya kami tidak mampu melakukan apa2 lagi selain terus menerus berdoa memohon bantuan dari Mu untuk saudara2 kami Ya Allah.. AllahhuAkbar! :'(
tersentuh sangat hati ni.. serba salah rasa.. kt sini sy ade copy paste 1 benda yg sy jumpe kt fb.. serba salah.. jom baca sama2..
--->
BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah... T.T
''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.
Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuar
a, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,
kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.
Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?
Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.
Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.
“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”
Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?
Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.
Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''
maaf kn kami.. (rasa bersalah yg teramat sangat) :'(
sekian.. Wassalam~




